Selamat Datang ke www.bridal2u.com

Archive for the ‘ Andaman dan Solekan ’ Category

Selamat pengantin baru diucapkan buat Izzati dan pasangannya dan majlis pada kali ini dilangsungkan di Hotel Pelican Batu Pahat.

Andaman Kak Yam diberikan peluang oleh pihak pengantin untuk membuat tatarias dan juga pelamin untuk majlis yang dilangsungkan dengan penuh meriah dan berjalan dengan cukup lancar sekali.

1
Solekan Nikah dibuat oleh Tasha (Andaman Kak Yam)

2
Pelamin yang bertemakan warna putih.

3
Solekan bersanding dibuat oleh Tasha (Andaman Kak Yam)

1
Majlis cukup meriah dan dihadiri oleh sanak saudara serta kenalan bagi meraikan pengantin dan keluarga.

untitled

Terima kasih kepada pihak pengantin dan sekeluarga yang memberikan kepercayaan dan sokongan kepada Andaman Kak Yam. Kami sentiasa berdoa agar semuanya beroleh kebahagiaan dan kesenangan di dunia dan akhirat.

Sekiranya berminat untuk maklumat lanjut mengenai pakej perkahwinan atau pakej pertunangan yang ditawarkan, sila telefon Kak Yam 013 237 7001 atau Kak Erma 016 613 0010.

Terima kasih diucapkan kepada Nadia dan Zaaba serta keluarga kerana memberikan kepercayaan kepada kami bagi menyerikan lagi majlis pernikahan dan majlis persandingan yang diadakan di dewan pada bulan Februari, 2014 yang lalu.

1016448_609551532445969_427673169_n
Solekan nikah yang simple tapi pengantin Nadia cukup cantik untuk majlis pernikahannya.

15077_609830962418026_1502368586_n
Hiasan pelamin di dewan sempena majlis persandingan Nadia dan Zaaba.

1904234_614380861963036_1930188030_n
Majlis bertandang di sebelah pihak lelaki juga diadakan dengan memilihh tema warna biru dan putih.

75956_614380888629700_469745325_n
Untuk pasangan Nadia dan Zaaba, Andaman Kak Yam sentiasa mendoakan kebahagiaan anda dan semoga kehidupan terus diberkati. Aminnn….
Terima kasih kerana memilih Andaman Kak Yam.

Sekiranya berminat untuk maklumat lanjut mengenai pakej perkahwinan atau pakej pertunangan yang ditawarkan, sila telefon Kak Yam 013 237 7001 atau Kak Erma 016 613 0010.

Cuti Sekolah Tahun 2014

Panduan cuti sekolah tahun 2014, bagi yang bakal melangsungkan Majlis Perkahwinan atau Majlis Pertunangan pada tahun ini boleh membuat perancangan dengan lebih awal bagi mengelakkan sebarang masalah nanti.

Tak rugi membuat tempahan pakej awal kerana tentunya tarikh majlis anda akan diberikan keutamaan. Jadual cuti persekolahan berikut adalah untuk sekolah-sekolah di Negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor Darul Takzim.

2014-03-23_094859

 

Sumber :
http://web.moe.gov.my/bpk/v2/download/TAKWIM%20PENGGAL%20PERSEKOLAHAN%202014.pdf

*******************************************
Hubungi Kak Yam 013 – 237 7001 atau Kak Erma 016 – 613 0010 untuk temujanji di butik kami.
Andaman Kak Yam, No 10A, Jalan Kencana 1A/1, Pura Kencana, Sri Gading, Batu Pahat
Email: bridal2u.com@gmail.com
Facebook: bridal2u
Blog : www.bridal2u.com
Business day/hour: Monday – Sunday (10 am – 6 pm) Recommended by appointment only

Istimewa untuk pengantin perempuan yang mendapatkan khidmat dari Andaman Kak Yam, mak andam kami akan sentiasa menemani pengantin perempuan sepanjang berlangsungnya majlis persandingan. Khidmat ini hanyalah untuk Majlis Perkahwinan dan bukannya untuk Majlis Bertandang.

IMG_4809

Sedikit sebanyak kami berharap ianya akan membantu pengantin perempuan yang buat kali pertamanya menjejakkan kaki di pelamin.
Sila maklumkan kepada Kak Yam sekiranya anda benar-benar memerlukan mak andam kami untuk menemani anda.
IMG_4815

Kami juga sentiasa mendoakan dan berusaha agar majlis yang berlangsung akan berjalan dengan lancar.
always with you 1

*******************************************
Hubungi Kak Yam 013 – 237 7001 atau Kak Erma 016 613 0010 untuk temujanji di butik kami.
Andaman Kak Yam, No 10A, Jalan Kencana 1A/1, Pura Kencana, Sri Gading, Batu Pahat (Terletak di atas kedai emas Hana Gold)
Email: bridal2u.com@gmail.com
Facebook: bridal2u
Blog : www.bridal2u.com
Business day/hour: Monday – Sunday (10 am – 6 pm) – Recommended by appointment only on Saturday/Sunday.

Berikut adalah anggaran masa yang diambil untuk melakukan solekan untuk setiap bakal pengantin atau yang bertunang :

Solekan bertunang   – 30 minit hingga 1 jam
Solekan bernikah       – 30 minit hingga 1 jam
Solekan bersanding  – 30 minit hingga 2 jam

20130427_125345-crop

Pastikan bakal pengantin atau yang bertunang membuat persediaan sepatutnya terlebih dahulu sebelum solekan dimulakan.
Berikut adalah beberapa cadangan atau tips untuk persediaan yang perlu dilakukan sebelum anda disolek :

1 – Mempersiapkan dan membersihkan diri
2 – Makan dengan mengenyangkan diri mengikut keperluan sepatutnya (selepas solekan tidak digalakkan untuk makan makanan yang berat)
3 – Merehatkan diri sepenuhnya dan bertenang
4 – Cuba pastikan diri tidak berpeluh dengan mengelakkan aktiviti yang memerlukan tenaga yang banyak
5 – Memakai pakaian yang sepatutnya yang bersesuaian untuk bersolek
6 – Menentukan tempat di mana solekan akan dibuat
7 – Pastikan tempat untuk bersolek mempunyai pencahayaan dan pengudaraan yang secukupnya
8 – Pastikan semua barangan berharga di simpan di tempat yang sepatutnya dan perlu dijaga setiap masa.
9 – Emosi pengantin perlulah ceria dan bersabar dalam menghadapi apa jua keadaan.

Insyaallah, sepanjang pengalaman kami, pengantin yang bijak mengawal diri dan sentiasa bertenang menghadapi apa saja pastinya majlis yang berlangsung akan berjalan dengan cukup lancar dan meriah.

Perlu diingatkan kepada bakal pengantin, majlis bersanding di Johor kebiasaannya bermula antara pukul 2.00 petang hingga 2.30 petang. Ini adalah bagi memudahkan semua pihak menunaikan solat Zohor terlebih dahulu. Dengan mengikuti cadangan persediaan ini juga secara tidak langsung, bakal pengantin akan berasa lebih tenang jika semua perancangan dibuat dengan teratur.

Pihak Andaman Kak Yam, insyaallah dari masa ke semasa akan sentiasa sedaya upaya akan memastikan jadual atau aturcara untuk bakal pengantin atau yang bertunang sentiasa berjalan dengan lancar. Kita sentiasa memohon agar majlis akan sentiasa diberkatiNya.

Berdasarkan kepada jangkamasa yang diambil adalah diharapkan bakal pengantin atau yang bertunang dapat merancang masa serta aturcara mengikut jadual yang sepatutnya. Harap dapat maklumkan kepada Andaman Kak Yam terlebih dahulu sekiranya anda mempunyai sebarang pertukaran jadual atau perubahan aturcara bagi mengelakkan kelewatan untuk bersolek.

*******************************************
Hubungi Kak Yam 013 – 237 7001 atau Kak Erma 016 613 0010 untuk temujanji di butik kami.
Andaman Kak Yam, No 10A, Jalan Kencana 1A/1, Pura Kencana, Sri Gading, Batu Pahat (di atas kedai emas Hana Gold)
Email: bridal2u.com@gmail.com
Facebook: bridal2u
Blog : www.bridal2u.com
Business day/hour: Monday – Saturday (10 am – 8 pm) Recommended by appointment only

Untuk makluman, Andaman Kak Yam tidak mempunyai mana-mana cawangan atau mewakili mana-mana butik Andaman yang lain.

550024_443963659004758_1826037904_n

Andaman Kak Yam hanya mempunyai sebuah butik yang terletak di No 10 A, Jalan Kencana 1A/1, Pura Kencana, Sri Gading, Batu Pahat sahaja buat masa ini. Lokasinya di atas kedai emas Hana Gold.

Butik ini didaftarkan dengan nombor pendaftaran 002096783-U di bawah SSM. Bagi pihak Andaman Kak Yam, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan dan kepercayaan berterusan yang diberikan kepada kami.

Pihak kami tidak mempunyai sebarang wakil pada masa kini dan untuk sebarang urusan tempahan pakej atau pertanyaan pakej, bolehlah menelefon terus kepada :
Kak Yam 013 – 237 7001 atau Kak Erma 016 – 613 0010

*******************************************
Hubungi Kak Yam 013 – 237 7001 atau Kak Erma 016 – 613 0010 untuk temujanji di butik kami.
Andaman Kak Yam, No 10A, Jalan Kencana 1A/1, Pura Kencana, Sri Gading, Batu Pahat
Email: bridal2u.com@gmail.com
Facebook: bridal2u
Blog : www.bridal2u.com
Business day/hour: Monday – Sunday (10 am – 6 pm) Recommended by appointment only

Alhamdulillah, pada 27hb dan 28hb September 2013 bertempat di Bangi, telah selamat berlangsungnya majlis pernikahan dan majlis persandingan untuk pasangan pengantin minggu ini iaitu, Eddy dan Yayan.

1010053_552752714792518_136059213_n

Pihak Andaman Kak Yam ingin mengucapkan setinggi-tinggi perghargaan dan ucapan ribuan terima kasih kepada Tuan Haji Mohri dan Puan Hajah Masniah kerana memilih pihak kami bagi memeriahkan lagi majlis yang berlangsung.

Majlis bermula pada malam 27hb September, dengan majlis pernikahan dan disusuli dengan majlis persandingan pada 28hb September 2013.

547445_552578458143277_828957604_n

Majlis perkahwinan ini dihadiri lebih daripada 2000 tetamu jemputan bermula tepat pada jam 11.00 pagi. Cuaca yang cukup baik walaupun pada awalnya ramalan cuaca menyatakan akan berlakunya hujan pada hari tersebut. Berkat doa Tuan Haji Mohri dan Puan Hajah Masniah sekeluarga yang mendoakan yang terbaik buat majlis yang julung-julung kali diadakan untuk anak mereka.

602090_552578541476602_225421590_n

Suasana majlis berjalan dengan cukup meriah dan lancar seperti yang diharapkan dengan sanak saudara yang datang dari jauh berpeluang untuk bertemu dan mengeratkan lagi tali persaudaraan yang telah lama terjalin.

Pihak rombongan pengantin lelaki tiba pada jam 1.30 tengahari dengan paluan kompang dan diarak oleh bunga manggar. Pasangan pengantin memilih busana berwarna putih tampak cukup segak dan bergaya. Busana disediakan oleh Andaman Kak Yam.

1378582_552603398140783_524167753_n

Pihak pengantin lelaki terpaksa melalui 3 pintu “TOL”, iaitu adat pengantin yang cukup menarik hati sebelum disandingkan.

1256529_552603338140789_195966222_n

Pasangan pengantin disandingkan di atas pelamin pagola yang dibuat oleh Andaman Kak Yam dan krew beberapa hari sebelumnya yang bertemakan ombak rindu.

1379848_552603501474106_1746336790_n

Majlis persandingan seterusnya dimulakan dengan bacaan doa bagi memperoleh keberkatan dan mendoakan kesejahteraan untuk pasangan pengantin ini.

Majlis diserikan lagi dengan sesi merenjis oleh pihak keluarga pengantin lelaki dan pihak keluarga pengantin perempuan.

Selepas selesai sesi merenjis, disusuli pula acara majlis makan beradap dan upacara memotong kek.

603925_552603308140792_1280671254_n

Tentu ianya adalah satu kenangan yang cukup manis dan akan terus berada di ingatan pihak kami dengan kelancaran majlis dan perancangan yang diatur oleh pihak keluarga. Layanan yang cukup mesra dan terbaik oleh pihak pengantin dan keluarga akan terus berada diingatan pihak kami dan juga para tetamu yang lain.

Majlis diakhiri dengan pertandingan karaoke yang dimenangi oleh jurusolek pengantin, Tasha yang membawa pulang hamper yang disediakan oleh keluarga pengantin.

1278177_553038508097272_364915182_o

Pihak Andaman Kak Yam ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Eddy dan Yayan dan Selamat Menyambut Menantu untuk Tuan Haji Mohri dan Puan Hajah Masniah. Kami sentiasa mendoakan kalian dipanjangkan umur, terus dimurahkan rezeki dan berbahagia hingga ke akhir hayat.

Foto-foto perkahwinan boleh dilihat di laman facebook kami di http://www.facebook.com/bridal2u

*******************************************
Hubungi Kak Yam 013 – 237 7001 atau Kak Erma 016 – 613 0010 untuk temujanji di butik kami.
Andaman Kak Yam, No 10A, Jalan Kencana 1A/1, Pura Kencana, Sri Gading, Batu Pahat
Email: bridal2u.com@gmail.com
Facebook: bridal2u
Blog : www.bridal2u.com
Business day/hour: Monday – Sunday (10 am – 6 pm) Recommended by appointment only

IMG_4753

Andaman Kak Yam telah diberikan peluang kali ini untuk menyerikan lagi pasangan pengantin baru, Aida dan pasangannya di Pedada Kuning pada 19.05.2013 yang lalu.

IMG_4803

Majlis yang diadakan telah dihadiri lebih daripada 1000 tetamu jemputan termasuk ahli keluarga pasangan pengantin lelaki dari Kuala Kangsar yang turut sama-sama memeriahkan majlis perkahwinan kali ini.

IMG_4737

Majlis pernikahan telah diadakan pada malam sebelumnya dan majlis untuk meraikan kedua mempelai diraikan pada majlis yang dibuat dengan cukup meriah. Solekan atau tatarias untuk majlis pernikahan dan perkahwinan mendapat sentuhan oleh Andaman Kak Yam.

IMG_4788

Dengan mengenakan busana berwarna ungu/purple yang dibuat khusus untuk pasangan pengantin ini oleh Andaman Kak Yam, kedua pengantin nampak cukup anggun dan menarik. Tentunya title Raja Sehari menaikkan lagi seri wajah masing-masing.

IMG_4784

Pulut kuning berlauk menjadi pengganti kepada kek. Cukup menarik dan sedap hingga menjilat jari…

Majlis berakhir pada pukul 4 petang dan alhamdulillah, cuaca yang baik memudahkan kelancaran majlis yang dilangsungkan. Terima kasih diucapkan kepada pihak pengantin dan keluarga atas layanan yang cukup mesra diberikan sepanjang majlis berlangsung. Terima kasih sekali lagi kerana terus memilih Andaman Kak Yam dan pihak kami sentiasa mendoakan agar Aida dan pasangannya memperoleh keberkatan dan kebahagiaan hingga akhir hayat. Selamat Pengantin Baru …

*******************************************
Hubungi Kak Yam 013 – 765 2830 atau 013 – 237 7001 untuk temujanji di butik kami.
Andaman Kak Yam, No 11A, Jalan Kencana 1A/1, Pura Kencana, Sri Gading, Batu Pahat
Email: bridal2u.com@gmail.com
Facebook: bridal2u
Blog : www.bridal2u.com
Business day/hour: Monday – Saturday (10 am – 8 pm) Recommended by appointment only

 

 

Tarikh pada 11.05.2013 adalah merupakan hari yang cukup bahagia buat pasangan Encik Attar dan Puan Norazizah kerana berlangsungnya Majlis Ulangtahun Perkahwinan bagi meraikan ulangtahun perkahwinan mereka yang ke – 22.

1

Alhamdulillah, majlis yang dibuat berjalan dengan cukup lancar bagi meraikan ulangtahun perkahwinan dan secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan silaturahim bagi semua tetamu jemputan yang hadir pada majlis tersebut.

6

Encik Hatta dan Puan Norazizah juga cukup bermurah hati turut menyediakan penginapan dan makanan di Seri Bulan Apartment, Port Dickson untuk semua tetamu jemputan yang hadir.

2

Pihak Andaman Kak Yam dijemput kali ini untuk membuat tata rias wajah Puan Norazizah untuk majlis tersebut.

Majlis dimulakan pada jam 8.45 malam dengan bacaan selawat dan doa buat pasangan serta seluruh tetamu yang hadir bagi memohon keberkatan dan hajat agar kebahagiaan kekal hingga ke akhir hayat. Majlis makan malam dimulakan selepas upacara memotong kek setinggi 2 tingkat dengan tetamu dihidangkan lebih daripada 6 jenis masakan ala Thai.


4

Majlis dimeriahkan lagi dengan pertandingan karaoke yang disertai oleh tetamu jemputan dan tarian poco-poco oleh tetamu. Walaupun hujan turun di pertengahan majlis, tetapi ianya tidaklah lebat dan tidak mengganggu kelancaran majlis.  Semua tetamu cukup gembira dan terhibur sepanjang majlis berlangsung.

5

Alhamdulillah, majlis berakhir dengan penyampaian hadiah untuk semua peserta dan pemenang pertandingan karaoke pada malam tersebut.

7

Harapan kami semoga perkahwinan Encik Attar dan pasangannya, Puan Norazizah akan terus kekal bahagia dan diredhai olehNya hingga ke akhir hayat. Semoga terus dimurahkan rezeki dan diberkati olehNya dan hingga berjumpa lagi di masa hadapan.

*******************************************
Hubungi Kak Yam 013 – 765 2830 atau 013 – 237 7001 untuk temujanji di butik kami.
Andaman Kak Yam, No 11A, Jalan Kencana 1A/1, Pura Kencana, Sri Gading, Batu Pahat
Email: bridal2u.com@gmail.com
Facebook: bridal2u
Blog : www.bridal2u.com
Business day/hour: Monday – Saturday (10 am – 8 pm) Recommended by appointment only

Pihak Andaman Kak Yam ingin mengucapkan ribuan terima kasih buat Yayan serta keluarga kerana memilih Andaman Kak Yam bagi menyerikan lagi Majlis Pertunangan Yayan. Majlis yang diadakan di Bangi pada 04.05.2013 berlangsung seperti yang dijadualkan. Majlis bermula pada jam 11.30 pagi dihadiri lebih daripada 150 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga rapat dan jemputan termasuk juga wakil dari pihak lelaki.

IMG_0385

Majlis ini adalah julung kali dibuat bagi keluarga Haji Muri dan Hajah Masniah. Pelamin Mini dibuat dengan gaya yang cukup simple tetapi cukup menarik dengan berlatar belakang kemasan kain chiffon dan standing lamp. Tempat duduk menggunakan sofa bulat beralaskan batu kristal.

IMG_0384

Busana pertunangan yang ditempah dari Bandung dengan warna yang kontra dengan warna pelamin mini menaikkan seri pemakainya.

IMG_0345

Majlis dimulakan dengan ucapan pembuka dan selamat datang oleh wakil dari pihak perempuan, Encik Rashid sambil disaksikan oleh tetamu yang hadir. Alhamdulillah, semuanya berlangsung dalam suasana yang cukup ceria.

Gubahan hantaran diletakkan di hadapan pelamin mini bagi memudahkan tetamu melihat hantaran iaitu sebagai hadiah untuk meraikan majlis pertunangan dari pihak lelaki dan juga pihak perempuan. Gubahan hantaran bagi pihak perempuan disediakan khusus oleh Andaman Kak Yam iaitu sejumlah 7 dulang hantaran berbalas 5 dulang hantaran dari pihak lelaki.

IMG_0377

Gubahan sireh junjung menggunakan gabungan bunga segar (fresh flower) dan artificial flower yang berwarna menarik adalah bagi menambahkan elemen keceriaan untuk majlis pertunangan.

IMG_0355

Sesi menyarung cincin pertunangan diadakan di pelamin mini bagi membolehkan semua tetamu yang hadir dapat menjadi saksi tanda termeterainya janji ikatan tali pertunangan.

IMG_0344
Yayan bersama Kak Erma selepas solekan pertunangan oleh Tasha.

Majlis diakhiri dengan tahlil ringkas dan doa yang diwakilkan kepada Tuk Hussin bagi memohon keberkatan untuk majlis yang dilangsungkan.
Jamuan makan tengahari diadakan bagi meraikan semua tetamu yang telah hadir bagi memeriahkan Majlis Pertunangan kali ini.

Alhamdulillah, majlis berakhir pada jam 1.00 petang dan sekali lagi, pihak Andaman Kak Yam sentiasa mendoakan yang terbaik buat Yayan dan bakal pasangannya.
Terima kasih kerana memilih Andaman Kak Yam.

*******************************************
Hubungi Kak Yam 013 – 765 2830 atau 013 – 237 7001 untuk temujanji di butik kami.
Andaman Kak Yam, No 11A, Jalan Kencana 1A/1, Pura Kencana, Sri Gading, Batu Pahat
Email: bridal2u.com@gmail.com
Facebook: bridal2u
Blog : www.bridal2u.com
Business day/hour: Monday – Saturday (10 am – 8 pm) Recommended by appointment only

Aksesori

Sekiranya anda mengambil pakej dari Andaman Kak Yam tentunya pihak kami akan menyediakan yang terbaik buat anda. Dengan pelbagai pilihan warna tudung dan veil yang ada, pastinya akan memberikan pelbagai pilihan untuk anda. Pelbagai pilihan aksesori dan busana disediakan.

tudung

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan perkhidmatan kami, sila hubungi segera Kak Yam 013 – 237 7001 atau Kak Erma 016 – 613 0010 untuk temujanji anda di butik kami.

 

Andaman Kak Yam sentiasa memberi pilihan kepada pasangan pengantin untuk memilih atau membuat rekaan pelamin sendiri. Pihak Andaman Kak Yam juga boleh membantu memberikan idea dan cadangan untuk pelamin pilihan anda. Pilihan rekaan pelamin yang terkini juga boleh dilihat di butik kami.

Rekaan pelamin masih tertakluk kepada keluasan tempat dan lokasi pelamin.

Bagi yang ingin mendapatkan pakej Andaman Kak Yam, sila hubungi
Kak Yam 
013 – 237 7001 atau Kak Erma 016 – 613 0010 untuk temujanji di butik kami.

Bagi bakal pengantin yang bakal melangsungkan pastinya mempunyai warna untuk tema majlis perkahwinan nanti. Kombinasi warna yang bersesuaian, pastinya sedikit sebanyak menaikkan seri dan keceriaan majlis perkahwinan anda nanti.

Sekiranya anda masih belum mempunyai warna tema, jangan bimbang kerana Mak Andam di Andaman Kak Yam sedia membantu untuk membuat pemilihan warna tema berdasarkan pengalaman-pengalaman kami.

Panduan warna berikut hanyalah sebagai panduan sahaja dan sekiranya anda telah mempunyai warna tema yang tersendiri jangan lupa membawa contoh warna semasa membuat tempahan di butik Andaman Kak Yam nanti.

Klik gambar untuk melihat warna dengan lebih jelas.

*******************************************
Hubungi Kak Yam 013 – 237 7001 atau Kak Erma 016 – 613 0010 untuk temujanji di butik kami.
Andaman Kak Yam, No 10A, Jalan Kencana 1A/1, Pura Kencana, Sri Gading, Batu Pahat
Email: bridal2u.com@gmail.com
Facebook: bridal2u
Blog : www.bridal2u.com
Business day/hour: Monday – Sunday (10 am – 6 pm) Recommended by appointment only

Pelamin bertemakan warna purple – kombinasi kipas dan bunga pom pom

Solekan pengantin dengan rekaan baju dan aksesori dari Andaman Kak Yam.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan perkhidmatan kami, sila hubungi segera Kak Yam 013-765 2830 atau Tasha 013 – 237 7001 untuk temujanji anda di butik kami.

Pelamin berasaskan backdrop kerawang dengan hiasan tema warna purple dan pink.

Solekan dan aksesori pengantin diberikan di dalam pakej. Contoh solekan dan gambar yang lengkap boleh dilihat di dalam Facebook Andaman Kak Yam.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan perkhidmatan kami, sila hubungi segera
Kak Yam 013 – 765 2830 atau Tasha 013 – 237 7001 untuk temujanji anda di butik kami.