Persembahan Hadrah oleh Al-Masnita, Persatuan Ibu Tunggal Batu Pahat

Persembahan Hadrah oleh Al-Masnita, Persatuan Ibu Tunggal Batu Pahat

Andaman Kak Yam juga ada menyediakan persembahan Hadrah untuk majlis-majlis keraian atau majlis perkahwinan yang dibawa oleh Persatuan Ibu Tunggal Batu Pahat di bawah pimpinan Kak Yam sendiri. Kumpulan ini dinamakan Al-Masnita ditubuhkan bagi menambahkan lagi aktiviti persatuan dan secara tidak langsung bertujuan untuk menjaga kebajikan ahli-ahlinya.

Pihak Andaman Kak Yam sentiasa memberikan sokongan kepada Persatuan Ibu Tunggal Batu Pahat untuk terus berjaya. Sokongan daripada anda amatlah dialu-alukan dalam memberi peluang kepada pihak persatuan tersebut untuk terus berjuang menjaga kebajikan ahli-ahlinya.

Sekiranya berminat untuk maklumat lanjut mengenai perkhidmatan Hadrah yang ditawarkan, sila telefon Kak Yam 013 237 7001.

Content Protected Using Blog Protector By: PcDrome. & GeekyCube.
X