Adat tol yang diadakan di majlis perkahwinan bukanlah satu perkara baru dan ianya telah lama diamalkan di negeri Johor Darul Takzim.
Ianya bukanlah satu kewajipan tapi sebagai menghidupkan adat dan amalan ini diteruskan turun temurun.
Adat ini adalah lain daripada yang lain dan hanya terdapat di negeri Johor Darul Takzim dan kerana kemeriahannya ianya adalah satu daripada perkara yang membezakan majlis perkahwinan di antara negeri yang lain.
Tujuan utamanya adalah untuk memeriahkan majlis sejurus sebelum kedua mempelai dibenarkan duduk bersanding atas pelamin.
Bagi pasangan pengantin lelaki terutamanya dari luar negeri Johor Darul Takzim sepatutnya dimaklumkan terlebih dahulu supaya bersedia oleh pihak pengantin perempuan.
Ini adalah bagi membolehkan pihak pengantin lelaki bersedia untuk melepasi “pagar-pagar tol” yang menanti.
Tentunya akan berlaku salah faham sekiranya pihak pengantin lelaki atau keluarga tidak diberikan maklumat dan persediaan untuk melepasi pagar tol nanti.
Jumlah sumbangan atau sedekah tol yang diberikan bukanlah satu yang dipersoalkan kerana bagi semua yang hadir mengadakan majlis ini sebagai peluang permulaan untuk berkenalan dengan lebih rapat antara satu sama lain.
Pada kebiasaanya terdapat 4 lapisan pagar tol utama yang diletakkan seperti berikut :
Pertama – di kawasan masuk rumah atau pagar rumah, pakcik2 atau atuk sedara akan berdiri di depan umah.
Kedua – di tangga naik rumah atau pintu rumah, pangkat makcik2 atau kakak akan berdiri di sini.
Ketiga – di depan pelamin, selalunya terdiri daripada kanak-kanak yang duduk di tangga pelamin. Walaubagaimanapun, jika bernasib baik nenek juga akan turut duduk menjadi pagar kedua.
Keempat – Akhir sekali, duit bukak kipas, di mana istilah untuk mak andam yang cover muka pengantin dengan kipas. Duit buka kipas ini adalah merupakan saguhati untuk khidmat mak andam yang merupakan pembantu rapat kepada pengantin perempuan. Sila rujuk Andaman Kak Yam untuk jumlah bayaran duit bukak kipas yang dikenakan.
Selepas duit buka kipas dibayar barulah pengantin lelaki dibenarkan duduk sebelah pengantin perempuan untuk bersanding.
Pengantin perempuan akan bersalaman dengan pengantin lelaki sebelum menjemput duduk di pelamin.
Tahniah buat Syam dan Ayu, yang melangsungkan majlis perkahwinan pada Mac, 2013. Andaman Kak Yam sentiasa mendoakan kebahagiaan anda berdua dan sentiasa beroleh keberkatan olehNya.
Kredit Gambar : http://www.qulukis.com/
Solekan by Andaman Kak Yam
Pelamin by Andaman Kak Yam
Photographer by qulukis www.qulukis.com
Sekiranya berminat untuk maklumat lanjut mengenai pakej perkahwinan atau pakej pertunangan yang ditawarkan, sila telefon Kak Yam 013 237 7001 atau Kak Erma 019 266 9028