Berpeluang bertemu dan menimba ilmu belajar solekan dari Yatie, ST Professional Make-up merupakan salah satu pengalaman yang cukup menarik.
Banyak tips dan nasihat yang berguna dapat diaplikasikan semula untuk menghasilkan solekan yang lebih baik untuk semua klien Andaman Kak Yam yang mengambil perkhidmatan solekan kami,
Kreativiti dan minat merupakan kunci kejayaan bagi mereka yang ingin menceburi bidang andaman dan solekan.
Terima kasih kepada Yatie yang sentiasa sudi berkongsi ilmu dan teknik solekan. Semoga ST terus sukses dan untuk semua klien Andaman Kak Yam, kami bersedia memberikan hasil yang terbaik untuk anda.