Langkah pertama bagi sesiapa yang bercadang untuk melangsungkan perkahwinan adalah dengan menghadiri kursus kahwin terlebih dahulu.

Sedikit info mengenai kursus kahwin :
1 – Pastikan kursus tersebut diluluskan oleh Pejabat Agama Daerah
2 – Anggaran bayaran kursus adalah antara RM80 hingga RM120
3 – Sila bawa Salinan Kad Pengenalan bersama gambar ukuran passport (gambar yang disertakan: lelaki – memakai songkok, perempuan – bertudung)

Pakaian sewaktu kursus:
1 – Lelaki – Baju Melayu dan Bersongkok (dapatkan pengesahan dari penganjur terlebih dahulu)
2 – Perempuan – Baju Kurung dan Bertudung

Untuk kursus di Batu Pahat, terdapat beberapa penganjur yang mempunyai laman web dan boleh dirujuk di sini :
http://kursus-kahwin-johor.blogspot.com/
http://kursuskawin.altakab.com/
http://kursuskahwinjohor.wordpress.com/
atau
Pejabat Kadi Daerah Batu Pahat juga kadangkala bekerjasama dengan Pusat Islam UTHM atau lain-lain agensi
atau
boleh rujuk laman FB tak rasmi Pejabat Kadi Daerah Batu Pahat http://www.facebook.com/pages/Pejabat-Kadi-Daerah-Batu-Pahat/267454203300105

 Nota : Pihak kami akan mengemaskini info ini dari masa ke semasa jika terdapat sebarang perubahan pada maklumat yang diperolehi.

Related posts: