Bagi bakal pengantin yang bakal melangsungkan majlis perkahwinan, terdapat ikhtiar iaitu melalui doa yang boleh digunakan sekiranya bimbang mengenai cuaca yang tidak menentu yang boleh mengganggu perjalanan majlis yang diaturkan.Sekiranya dikhuatiri berlakunya hujan yang lebat atau hujan ribut, mohonlah keizinan dari Allah SWT dengan memperbanyakkan doa untuk mengelakkan cuaca yang tidak menentu. Insyaallah, setiap doa yang dipinta dengan penuh keikhlasan pastinya akan dimakbulkanNya.Yang pastinya, kita telah berusaha berikhtiar dengan cara yang terbaik dan tentunya apa jua yang akan berlaku pasti ada hikmahnya dan adalah yang terbaik buat kita.DOA YANG PERLU DIBACA DIMULAI DENGAN :
1. Al-Fatihah : 7 kali

2. Surah Hud : Ayat 44 : 7 kali


3. Tambahan Doa :

اَللَّهُمَّ حَوَالَيْنَا وَلاَ عَلَيْنَا. اَللَّهُمَّ عَلَى الآكَامِ، وَالظِّرَابِ، وَبُطُونِ الأَوْدِيَةِ، وَمَنَابِتِ الشَّجَرِ

“ Ya Allah, palingkanlah dari kami dan jangan (Engkau) menyusahkan kami, Ya Allah (Engkau gerakkanlah hujanini) tempatkanlah ke bukit-bukau, di tanah-tanah tinggi, di dasar-dasar wadi dan di tempat-tempat penumbuhan pokok-pokok (yang lebih memerlukan air)”

Doa berdasarkan sebuah hadis daripada Anas Bin Malik; riwayat oleh Al-Bukhairy (no.1013) dan Muslim (no.897). Berkata as-Syaikh ‘Abdur Razzaaq bin ‘Abdul Muhsin Al-Badr dalam kitabnya yang berjudul “FIQHUL AD’IYAH WAL AZ-KAAR ; “AMALUL YAUMI WAL-LAILAH” (ms/241 cetakan Daar Ibnil–Qayyim dan Daar Ibni ‘Affaan).

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan perkhidmatan kami, sila hubungi Kak Yam 013 – 765 2830 atau Tasha 013 – 237 7001 untuk temujanji anda di butik kami.