Tempoh masa yang diambil untuk solekan

Tempoh masa yang diambil untuk solekan

Berikut adalah anggaran masa yang diambil untuk melakukan solekan untuk setiap bakal pengantin atau yang bertunang :

Solekan bertunang   – 30 minit hingga 1 jam
Solekan bernikah       – 30 minit hingga 1 jam
Solekan bersanding  – 30 minit hingga 2 jam

20130427_125345-crop

Pastikan bakal pengantin atau yang bertunang membuat persediaan sepatutnya terlebih dahulu sebelum solekan dimulakan.
Berikut adalah beberapa cadangan atau tips untuk persediaan yang perlu dilakukan sebelum anda disolek :

1 – Mempersiapkan dan membersihkan diri
2 – Makan dengan mengenyangkan diri mengikut keperluan sepatutnya (selepas solekan tidak digalakkan untuk makan makanan yang berat)
3 – Merehatkan diri sepenuhnya dan bertenang
4 – Cuba pastikan diri tidak berpeluh dengan mengelakkan aktiviti yang memerlukan tenaga yang banyak
5 – Memakai pakaian yang sepatutnya yang bersesuaian untuk bersolek
6 – Menentukan tempat di mana solekan akan dibuat
7 – Pastikan tempat untuk bersolek mempunyai pencahayaan dan pengudaraan yang secukupnya
8 – Pastikan semua barangan berharga di simpan di tempat yang sepatutnya dan perlu dijaga setiap masa.
9 – Emosi pengantin perlulah ceria dan bersabar dalam menghadapi apa jua keadaan.

Insyaallah, sepanjang pengalaman kami, pengantin yang bijak mengawal diri dan sentiasa bertenang menghadapi apa saja pastinya majlis yang berlangsung akan berjalan dengan cukup lancar dan meriah.

Perlu diingatkan kepada bakal pengantin, majlis bersanding di Johor kebiasaannya bermula antara pukul 2.00 petang hingga 2.30 petang. Ini adalah bagi memudahkan semua pihak menunaikan solat Zohor terlebih dahulu. Dengan mengikuti cadangan persediaan ini juga secara tidak langsung, bakal pengantin akan berasa lebih tenang jika semua perancangan dibuat dengan teratur.

Pihak Andaman Kak Yam, insyaallah dari masa ke semasa akan sentiasa sedaya upaya akan memastikan jadual atau aturcara untuk bakal pengantin atau yang bertunang sentiasa berjalan dengan lancar. Kita sentiasa memohon agar majlis akan sentiasa diberkatiNya.

Berdasarkan kepada jangkamasa yang diambil adalah diharapkan bakal pengantin atau yang bertunang dapat merancang masa serta aturcara mengikut jadual yang sepatutnya. Harap dapat maklumkan kepada Andaman Kak Yam terlebih dahulu sekiranya anda mempunyai sebarang pertukaran jadual atau perubahan aturcara bagi mengelakkan kelewatan untuk bersolek.

*******************************************
Hubungi Kak Yam 013 – 237 7001 atau Kak Erma 016 613 0010 untuk temujanji di butik kami.
Andaman Kak Yam, No 10A, Jalan Kencana 1A/1, Pura Kencana, Sri Gading, Batu Pahat (di atas kedai emas Hana Gold)
Email: bridal2u.com@gmail.com
Facebook: bridal2u
Blog : www.bridal2u.com
Business day/hour: Monday – Saturday (10 am – 8 pm) Recommended by appointment only

Content Protected Using Blog Protector By: PcDrome. & GeekyCube.
X