Review Majlis Pertunangan Yayan 04.05.2013 di Bangi

Review Majlis Pertunangan Yayan 04.05.2013 di Bangi

Pihak Andaman Kak Yam ingin mengucapkan ribuan terima kasih buat Yayan serta keluarga kerana memilih Andaman Kak Yam bagi menyerikan lagi Majlis Pertunangan Yayan. Majlis yang diadakan di Bangi pada 04.05.2013 berlangsung seperti yang dijadualkan. Majlis bermula pada jam 11.30 pagi dihadiri lebih daripada 150 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga rapat dan jemputan termasuk juga wakil dari pihak lelaki.

IMG_0385

Majlis ini adalah julung kali dibuat bagi keluarga Haji Muri dan Hajah Masniah. Pelamin Mini dibuat dengan gaya yang cukup simple tetapi cukup menarik dengan berlatar belakang kemasan kain chiffon dan standing lamp. Tempat duduk menggunakan sofa bulat beralaskan batu kristal.

IMG_0384

Busana pertunangan yang ditempah dari Bandung dengan warna yang kontra dengan warna pelamin mini menaikkan seri pemakainya.

IMG_0345

Majlis dimulakan dengan ucapan pembuka dan selamat datang oleh wakil dari pihak perempuan, Encik Rashid sambil disaksikan oleh tetamu yang hadir. Alhamdulillah, semuanya berlangsung dalam suasana yang cukup ceria.

Gubahan hantaran diletakkan di hadapan pelamin mini bagi memudahkan tetamu melihat hantaran iaitu sebagai hadiah untuk meraikan majlis pertunangan dari pihak lelaki dan juga pihak perempuan. Gubahan hantaran bagi pihak perempuan disediakan khusus oleh Andaman Kak Yam iaitu sejumlah 7 dulang hantaran berbalas 5 dulang hantaran dari pihak lelaki.

IMG_0377

Gubahan sireh junjung menggunakan gabungan bunga segar (fresh flower) dan artificial flower yang berwarna menarik adalah bagi menambahkan elemen keceriaan untuk majlis pertunangan.

IMG_0355

Sesi menyarung cincin pertunangan diadakan di pelamin mini bagi membolehkan semua tetamu yang hadir dapat menjadi saksi tanda termeterainya janji ikatan tali pertunangan.

IMG_0344
Yayan bersama Kak Erma selepas solekan pertunangan oleh Tasha.

Majlis diakhiri dengan tahlil ringkas dan doa yang diwakilkan kepada Tuk Hussin bagi memohon keberkatan untuk majlis yang dilangsungkan.
Jamuan makan tengahari diadakan bagi meraikan semua tetamu yang telah hadir bagi memeriahkan Majlis Pertunangan kali ini.

Alhamdulillah, majlis berakhir pada jam 1.00 petang dan sekali lagi, pihak Andaman Kak Yam sentiasa mendoakan yang terbaik buat Yayan dan bakal pasangannya.
Terima kasih kerana memilih Andaman Kak Yam.

*******************************************
Hubungi Kak Yam 013 – 765 2830 atau 013 – 237 7001 untuk temujanji di butik kami.
Andaman Kak Yam, No 11A, Jalan Kencana 1A/1, Pura Kencana, Sri Gading, Batu Pahat
Email: bridal2u.com@gmail.com
Facebook: bridal2u
Blog : www.bridal2u.com
Business day/hour: Monday – Saturday (10 am – 8 pm) Recommended by appointment only

Post Tags :
Content Protected Using Blog Protector By: PcDrome. & GeekyCube.
X