IMG_4753

Andaman Kak Yam telah diberikan peluang kali ini untuk menyerikan lagi pasangan pengantin baru, Aida dan pasangannya di Pedada Kuning pada 19.05.2013 yang lalu.

IMG_4803

Majlis yang diadakan telah dihadiri lebih daripada 1000 tetamu jemputan termasuk ahli keluarga pasangan pengantin lelaki dari Kuala Kangsar yang turut sama-sama memeriahkan majlis perkahwinan kali ini.

IMG_4737

Majlis pernikahan telah diadakan pada malam sebelumnya dan majlis untuk meraikan kedua mempelai diraikan pada majlis yang dibuat dengan cukup meriah. Solekan atau tatarias untuk majlis pernikahan dan perkahwinan mendapat sentuhan oleh Andaman Kak Yam.

IMG_4788

Dengan mengenakan busana berwarna ungu/purple yang dibuat khusus untuk pasangan pengantin ini oleh Andaman Kak Yam, kedua pengantin nampak cukup anggun dan menarik. Tentunya title Raja Sehari menaikkan lagi seri wajah masing-masing.

IMG_4784

Pulut kuning berlauk menjadi pengganti kepada kek. Cukup menarik dan sedap hingga menjilat jari…

Majlis berakhir pada pukul 4 petang dan alhamdulillah, cuaca yang baik memudahkan kelancaran majlis yang dilangsungkan. Terima kasih diucapkan kepada pihak pengantin dan keluarga atas layanan yang cukup mesra diberikan sepanjang majlis berlangsung. Terima kasih sekali lagi kerana terus memilih Andaman Kak Yam dan pihak kami sentiasa mendoakan agar Aida dan pasangannya memperoleh keberkatan dan kebahagiaan hingga akhir hayat. Selamat Pengantin Baru …

*******************************************
Hubungi Kak Yam 013 – 765 2830 atau 013 – 237 7001 untuk temujanji di butik kami.
Andaman Kak Yam, No 11A, Jalan Kencana 1A/1, Pura Kencana, Sri Gading, Batu Pahat
Email: bridal2u.com@gmail.com
Facebook: bridal2u
Blog : www.bridal2u.com
Business day/hour: Monday – Saturday (10 am – 8 pm) Recommended by appointment only