Selamat Datang ke www.bridal2u.com

F.A.Q dan terma

Q 1: Macam mana untuk saya membuat temujanji?
A : Boleh hubungi kami melalui Kak Yam 013 – 237 7001 atau Kak Erma 019 – 266 9028

Q 2: Boleh buat pelamin di luar Batu Pahat?
A : Kami akan pertimbangkan jika mengikut syarat-syarat tertentu. Caj tambahan mungkin perlu dikenakan bagi menampung kos pengangkutan dan ianya akan dibuat dengan persetujuan bersama terlebih dahulu.

Q 3: Boleh tak saya nak sewa baju pengantin dan bawa ke luar Batu Pahat dan berapa hari boleh sewa?
A : Buat masa ini pihak Andaman Kak Yam tidak menyediakan perkhidmatan menyewa baju sahaja.

Q 4: Saya dah ada kain sendiri..boleh saya buat tempah?
A : Kami juga menerima tempahan jahitan baju untuk perkahwinan dan baju lain-lain.

Q 5: Bolehkah saya membuat tempahan gubahan hantaran dan hadiah perkahwinan?
A : Boleh, kami juga menerima tempahan gubahan hantaran dan hadiah perkahwinan.

Q 6: Waktu Urusniaga?
A : Kami buka SETIAP HARI bermula daripada jam 10.00 pagi – 8.30 malam. Pelanggan adalah dicadangkan untuk membuat temujanji lebih awal.

Q 7: Boleh tak kalau saya nak buat perubahan pada pakej yang telah disediakan untuk menyesuaikan dengan bajet saya?
A : Ya, boleh.

Q 8: Adakah dikenakan sebarang caj untuk mencuba koleksi pakaian dan mendapatkan khidmat nasihat?
A : Tiada sebarang caj dikenakan.

Q 9: Berapa jumlah deposit tempahan?
A : RM200 atau 10% akan dikenakan bagi memastikan jaminan tempahan tarikh untuk majlis anda.

Q 10: Bila saya boleh mengetahui tentang adanya sebarang promosi?
A : Anda boleh sentiasa rujuk website http://www.bridal2u.com dan juga Facebook kami – Andaman Kak Yam.

Q 11: Siapakah mak andam Bridal2U?
A : Andaman hanya dibuat oleh 3 mak andam wanita yang terlatih iaitu Kak Yam (pengalaman lebih dari 20 tahun), Kak Erma dan Tasha (mendapat latihan dan sijil andaman di Kuala Lumpur).

Q 12: Bilakah waktu paling sesuai untuk menempah perkhidmatan mak andam?
A: Sebenarnya anda digalakkan menempah kira kira 6 atau 9 bulan lebih awal sebelum tarikh perkahwinan. Menempah di saat-saat akhir mungkin akan menyebabkan tempahan anda ditolak. Terutama sekali jika anda berkahwin di musim cuti persekolahan. Waktu itu memang ramai pasangan yang akan datang menempah terlebih awal. Ini bagi mengelakkan kelewatan. Jadi buatlah perancangan sebaik-baiknya sebelum anda menambil kata putus menjemput sanak saudara, rakan & sahabat ke majlis gemilang yang bakal anda raikan nanti.

Q 13: Bolehkan saya guna baju pengantin yang baru untuk majlis perkahwinan nanti?
A : Boleh, kami boleh membuat baju pengantin baru untuk majlis perkahwinan tetapi dengan tambahan deposit semasa membuat tempahan.

Q 14: Kenapa harga pakej andaman berbeza dari satu kedai dengan kedai yang lain?
A : Harga pakej yang ditawarkan adalah bergantung kepada banyak perkara yang berkaitan sebagai contoh bentuk pelamin yang bersesuaian, jenis persalinan yang diperlukan, jarak perjalanan dan juga lain-lain lagi. Harga pakej yang kami tawarkan adalah cukup berpatutan dan pastinya kami menjanjikan perkhidmatan yang terbaik buat anda.

Q 15: Adakah deposit dipulangkan sekiranya saya membatalkan tempahan?
Deposit tidak akan dipulangkan jika anda membatalkan tempahan. Deposit juga tidak akan dipulangkan bagi penukaran tarikh yang dimaklumkan kurang dari 60 (enam puluh) hari dari tarikh majlis sekiranya tarikh yang dipinda telah ditempah oleh pihak lain.

Q16 : Adakah tudung atau veil disediakan?
Tudung atau veil hanya disediakan bagi yang menggunakan baju yang disediakan oleh Andaman Kak Yam.

Q17 : Adakah tudung atau veil atau aksesori untuk pakej Solekan?
Bagi tempahan solekan, tiada aksesori atau tudung atau veil disediakan kecuali jika diminta oleh pelanggan. Caj tambahan akan dikenakan untuk aksesori atau tudung atau veil. Harga solekan adalah untuk perkhidmatan solekan sahaja.

Q18 : Berapakah tempoh masa solekan?
Berikut adalah anggaran masa yang diambil untuk melakukan solekan untuk setiap bakal pengantin atau yang bertunang :
Solekan bertunang   – 30 minit hingga 1 jam
Solekan bernikah      – 30 minit hingga 1 jam
Solekan bersanding  – 30 minit hingga 2 jam