Mengenai kami

Bridal2U.com merupakan laman web rasmi bagi perniagaan perkhidmatan solekan dan andaman didaftarkan di SSM di bawah nombor pendaftaran (002096783-U). Perniagaan ini secara rasminya telah didaftarkan pada 12 Disember 2009 sebagai syarikat milikan tunggal di bawah nama Puan Hermadayanti binti Abd Rahman.

Kini Andaman Kak Yam ditadbir oleh Puan Hermadayanti dengan dibantu oleh 3 orang pembantu tetap dan beberapa pekerja sambilan.


Puan Mariam Sidek

Diasaskan sejak tahun 1987 yang pertama kalinya beroperasi di Parit Raja, Johor oleh Kak Yam andam dengan hanya 2 orang pekerja sahaja. Perkhidmatan andaman dan solekan ini pernah beroperasi di Arked Mara Parit Raja, Batu Pahat dan bagi memperkembangan perniagaan sedia ada kami mula membuka sebuah butik andaman dan solekan terbaru di Bandar Tasik Kesuma, Beranang, Selangor.


Puan Hermadayanti

Pada mulanya kami hanya menawarkan perkhidmatan andaman untuk pengantin sahaja. Kini mula meluaskan perkhidmatan merangkumi seluruh keperluan majlis perkahwinan seperti kanopi, katering, fotografi, video dan lain-lain.

Bagi kami kepuasan pelanggan adalah menjadi keutamaan perkhidmatan kami. Cawangan kami yang terbaru telah mula beroperasi di :
Bandar Tasik Kesuma,
43700, Beranang,
Selangor

Waktu Operasi : Isnin hingga Khamis dan Hari Ahad – Buka 10.30 pagi dan Tutup 5.30 petang.
Tutup : Jumaat dan Sabtu (waktu sibuk mengandam)

Telefon dulu untuk temujanji 010 301 1104


Boleh hubungi Kak Erma 010 301 1104 untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai pakej yang ditawarkan.

Leave a Reply

Content Protected Using Blog Protector By: PcDrome. & GeekyCube.
X