Alhamdulillah, pada 27hb dan 28hb September 2013 bertempat di Bangi, telah selamat berlangsungnya majlis pernikahan dan majlis persandingan untuk pasangan pengantin minggu ini iaitu, Eddy dan Yayan.

1010053_552752714792518_136059213_n

Pihak Andaman Kak Yam ingin mengucapkan setinggi-tinggi perghargaan dan ucapan ribuan terima kasih kepada Tuan Haji Mohri dan Puan Hajah Masniah kerana memilih pihak kami bagi memeriahkan lagi majlis yang berlangsung.

Majlis bermula pada malam 27hb September, dengan majlis pernikahan dan disusuli dengan majlis persandingan pada 28hb September 2013.

547445_552578458143277_828957604_n

Majlis perkahwinan ini dihadiri lebih daripada 2000 tetamu jemputan bermula tepat pada jam 11.00 pagi. Cuaca yang cukup baik walaupun pada awalnya ramalan cuaca menyatakan akan berlakunya hujan pada hari tersebut. Berkat doa Tuan Haji Mohri dan Puan Hajah Masniah sekeluarga yang mendoakan yang terbaik buat majlis yang julung-julung kali diadakan untuk anak mereka.

602090_552578541476602_225421590_n

Suasana majlis berjalan dengan cukup meriah dan lancar seperti yang diharapkan dengan sanak saudara yang datang dari jauh berpeluang untuk bertemu dan mengeratkan lagi tali persaudaraan yang telah lama terjalin.

Pihak rombongan pengantin lelaki tiba pada jam 1.30 tengahari dengan paluan kompang dan diarak oleh bunga manggar. Pasangan pengantin memilih busana berwarna putih tampak cukup segak dan bergaya. Busana disediakan oleh Andaman Kak Yam.

1378582_552603398140783_524167753_n

Pihak pengantin lelaki terpaksa melalui 3 pintu “TOL”, iaitu adat pengantin yang cukup menarik hati sebelum disandingkan.

1256529_552603338140789_195966222_n

Pasangan pengantin disandingkan di atas pelamin pagola yang dibuat oleh Andaman Kak Yam dan krew beberapa hari sebelumnya yang bertemakan ombak rindu.

1379848_552603501474106_1746336790_n

Majlis persandingan seterusnya dimulakan dengan bacaan doa bagi memperoleh keberkatan dan mendoakan kesejahteraan untuk pasangan pengantin ini.

Majlis diserikan lagi dengan sesi merenjis oleh pihak keluarga pengantin lelaki dan pihak keluarga pengantin perempuan.

Selepas selesai sesi merenjis, disusuli pula acara majlis makan beradap dan upacara memotong kek.

603925_552603308140792_1280671254_n

Tentu ianya adalah satu kenangan yang cukup manis dan akan terus berada di ingatan pihak kami dengan kelancaran majlis dan perancangan yang diatur oleh pihak keluarga. Layanan yang cukup mesra dan terbaik oleh pihak pengantin dan keluarga akan terus berada diingatan pihak kami dan juga para tetamu yang lain.

Majlis diakhiri dengan pertandingan karaoke yang dimenangi oleh jurusolek pengantin, Tasha yang membawa pulang hamper yang disediakan oleh keluarga pengantin.

1278177_553038508097272_364915182_o

Pihak Andaman Kak Yam ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Eddy dan Yayan dan Selamat Menyambut Menantu untuk Tuan Haji Mohri dan Puan Hajah Masniah. Kami sentiasa mendoakan kalian dipanjangkan umur, terus dimurahkan rezeki dan berbahagia hingga ke akhir hayat.

Foto-foto perkahwinan boleh dilihat di laman facebook kami di http://www.facebook.com/bridal2u

*******************************************
Hubungi Kak Yam 013 – 237 7001 atau Kak Erma 016 – 613 0010 untuk temujanji di butik kami.
Andaman Kak Yam, No 10A, Jalan Kencana 1A/1, Pura Kencana, Sri Gading, Batu Pahat
Email: bridal2u.com@gmail.com
Facebook: bridal2u
Blog : www.bridal2u.com
Business day/hour: Monday – Sunday (10 am – 6 pm) Recommended by appointment only