Tarikh pada 11.05.2013 adalah merupakan hari yang cukup bahagia buat pasangan Encik Attar dan Puan Norazizah kerana berlangsungnya Majlis Ulangtahun Perkahwinan bagi meraikan ulangtahun perkahwinan mereka yang ke – 22.

1

Alhamdulillah, majlis yang dibuat berjalan dengan cukup lancar bagi meraikan ulangtahun perkahwinan dan secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan silaturahim bagi semua tetamu jemputan yang hadir pada majlis tersebut.

6

Encik Hatta dan Puan Norazizah juga cukup bermurah hati turut menyediakan penginapan dan makanan di Seri Bulan Apartment, Port Dickson untuk semua tetamu jemputan yang hadir.

2

Pihak Andaman Kak Yam dijemput kali ini untuk membuat tata rias wajah Puan Norazizah untuk majlis tersebut.

Majlis dimulakan pada jam 8.45 malam dengan bacaan selawat dan doa buat pasangan serta seluruh tetamu yang hadir bagi memohon keberkatan dan hajat agar kebahagiaan kekal hingga ke akhir hayat. Majlis makan malam dimulakan selepas upacara memotong kek setinggi 2 tingkat dengan tetamu dihidangkan lebih daripada 6 jenis masakan ala Thai.


4

Majlis dimeriahkan lagi dengan pertandingan karaoke yang disertai oleh tetamu jemputan dan tarian poco-poco oleh tetamu. Walaupun hujan turun di pertengahan majlis, tetapi ianya tidaklah lebat dan tidak mengganggu kelancaran majlis.  Semua tetamu cukup gembira dan terhibur sepanjang majlis berlangsung.

5

Alhamdulillah, majlis berakhir dengan penyampaian hadiah untuk semua peserta dan pemenang pertandingan karaoke pada malam tersebut.

7

Harapan kami semoga perkahwinan Encik Attar dan pasangannya, Puan Norazizah akan terus kekal bahagia dan diredhai olehNya hingga ke akhir hayat. Semoga terus dimurahkan rezeki dan diberkati olehNya dan hingga berjumpa lagi di masa hadapan.

*******************************************
Hubungi Kak Yam 013 – 765 2830 atau 013 – 237 7001 untuk temujanji di butik kami.
Andaman Kak Yam, No 11A, Jalan Kencana 1A/1, Pura Kencana, Sri Gading, Batu Pahat
Email: bridal2u.com@gmail.com
Facebook: bridal2u
Blog : www.bridal2u.com
Business day/hour: Monday – Saturday (10 am – 8 pm) Recommended by appointment only